Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

LENSA ASRAMA | TUTORIAL BASIC SKILLS

KUANTAN - Barisan warden dengan kerjasama Exco Asrama telah menganjurkan satu program tutorial khusus kepada pelajar tingkatan 1 asrama dan pelajar asrama yang lain secara amnya. Antara objektif penganjuran adalah memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas seperti mengemas katil merangkumi cadar, bantal dan selimut, mengemas loker pakaian, buku pembelajaran dan sebagainya. Isu kekemasan bilik sangat ditekan oleh pihak sekolah dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih dan bebas penyakit berjangkit. Diharapkan agar dengan pendedahan awal yang sedemikian mampu mencegah segala perkara yang tidak diingini dalam kawasan asrama terutama kesihatan para penghuni.

Tag: asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini