Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN KEPADA WARGA KERJA SMAI

KUANTAN - Pihak Pentadbiran Sekolah telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan kepada warga kerja SMAI yang menjadi tonggak dalam kelancaran pengurusan persekolahan. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Semoga dengan penyerahan sumbangan tersebut menjadi salah satu faktor penyumbang kejayaan para kakitangan sokongan seterusnya menjadikan SM Agama Al-Ihsan sebagai Institusi Pendidikan Cemerlang secara berterusan. Justeru, pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh persekolahan berlangsung dengan lafaz Jazakumullahu khairan kathira.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini