Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL ILMIAH (PART 4)

KUANTAN - Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung bagi tempoh satu minggu telah melabuhkan tirainya dengan acara ilmiah. Antara yang menarik perhatian para pelajar dalam kesemua acara yang dipertandingkan adalah acara Debat Bahasa Arab, Debat Bahasa Inggeris dan acara Nasyid. Pihak pentadbiran SM Agama Al-Ihsan sangat berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam menjayakan karnival ilmiah kali ini. Karnival ini berakhir dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Jasrifuddin Bin Puteh yang menyampaikan medal dan piala pusingan kepada para pemenang mengikut kategori iaitu Rumah Sukan Badar (JOHAN kategori ILMIAH), Rumah Sukan Tabuk (JOHAN kategori SUKAN) dan Rumah Sukan Tabuk (JOHAN KESELURUHAN). Semoga Al-Ihsan akan terus maju dalam bidang kokurikulum. Majulah Sukan untuk Negara!


Tag: MASISUPA 2018

1 komen

Ismail Mat Sulaiman

2018-02-24 13:11:00 UTC

Good luck

Sila berikan komen anda di sini