Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KEM MyINSANIAH

KUANTAN - 20-22.01.2020 Badan Kepimpinan Sekolah telah menyertai Kem MyInsaniah anjuran Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan beberapa buah sekolah menengah Negeri Pahang. Kem MyInsaniah berkonsepkan 'Remaja Rahmah Untuk Ummah' menampilkan pelbagai aktiviti bina jati diri yang menarik dan sesuai dengan jiwa seorang remaja. Kem yang berlangsung selama 3 hari tersebut banyak memberi peluang kepada pelajar dalam mencungkil bakat masing-masing dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh penganjur. Sekalung penghargaan buat para perwakilan sekolah kerana telah mendapat anugerah dalam Kem MyInsaniah. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan. 

Tag: 2020 KEM MyINSANIAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini