Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "pt3"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

KUANTAN - 02.10.2019.Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah bermula dengan jayanya di Pusat Peperiksaan utama Dewan ad-Daraquthni. Hari pertama peperiksaan turut dihadiri oleh YDP PIBG bersama ibu bapa calon sebagai lambang restu dan motivasi kepada para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan selamat menduduki peperiksaan dan mendoakan kepada para calon semoga dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan.


Tag: 2019 pt3

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEM MOTIVASI TINGKATAN 3

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan telah mengadakan program motivasi bagi pelajar Tingkatan 3 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan pelaksanaan tersebut adalah untuk meningkatkan motivasi belajar dalam diri para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 pt3

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3 2018

KUANTAN - Pengumuman keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 telah diumumkan di tapak perhimpunan oleh GPK Kurikulum yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 pt3

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KERJA KURSUS SEJARAH PT3

KUANTAN - Unit PBS Tingkatan 3 SM Agama Al-Ihsan telah mengadakan satu taklimat berkenaan pelaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Taklimat disampaikan sendiri oleh Pn. Azimah Bt Abd Rahman, Guru Mata Pelajaran. Antara yang menarik adalah pelaksanaan kerja kursus tersebut berasaskan pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar sendiri dan melalui kaedah ini juga menjadikan PdPc bagi mata pelajaran tersebut berkesan serta mampu memberi impak yang positif kepada...

Tag: PBS SEJARAH pt3 2018