Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "tingkatan 1"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ORIENTASI TINGKATAN 1

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Orientasi telah diketuai oleh Penyelaras Tingkatan bersama para guru. Orientasi yang berlangsung dalam tempoh satu minggu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 tingkatan 1

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PENDAFTARAN TINGKATAN 1

KUANTAN - Pendaftaran Tingkatan 1 telah berlangsung bertempat di Dewan ad-Daraquthni bagi kemasukan sesi persekolahan tahun 2019 anjuran Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran. Seramai 200 orang pelajar telah berjaya didaftarkan pada hari tersebut. Pendaftaran bermula seawal jam 0800 pagi dan berakhir pada jam 1200 tengah hari. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 tingkatan 1