Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYAMPAIAN INSENTIF BAGI CALON MUMTAZ SMA 2020

KUANTAN - Unit Pentadbiran dan Kurikulum sekolah telah menyampaikan saguhati kepada para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SMA 2020. Penyampaian telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Penyampaian insentif tersebut bertujuan memberi sokongan dan galakan kepada para pelajar untuk meningkatkan kemajuan akademik disamping tidak mengabaikan rekod pencapaian tahfiz peribadi seiringan hasrat Pengetua sekolah yang melihat tahfiz sebagai elemen terpenting dalam membina kecemerlangan akademik pada masa hadapan. Semoga semua calon SMA 2021 dapat mengambil inspirasi daripada mereka untuk dipraktikkan dalam peperiksaan SMA nanti. Justeru, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan pelajar sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran peperiksaan serta kehidupan pada masa hadapan.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini