Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | MINGGU KEBUDAYAAN

KUANTAN - Satu program kepimpinan bagi pelajar tingkatan 4 telah dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kepimpinan pelajar dalam mengendalikan sesuatu program. Program yang diberi nama Minggu Kebudayaan Asrama telah berlangsung selama 3 hari mulai hari jumaat sehingga hari ahad. Antara yang menarik sepanjang minggu kebudayaan berlangsung ialah aktiviti binaan straw yang mana merangsang pemikiran para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Tambahan daripada itu, aktiviti kemuncak bagi minggu kebudayaan ialah Debat Perdana diantara asrama putera dengan asrama puteri. Majlis Perasmian Penutup Minggu Kebudayaan Asrama telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia GPK Hal Ehwal Murid, Ustazah Wan Saadah Binti Wan Abd Rahman. Semoga program sebegini mampu mencungkil bakat pelajar yang baru dalam melaksanakan sesuatu program.

Tag: asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini