Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | LARIAN MERENTAS DESA (PART 2)

KUANTAN - Karnival Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah pada tahun ini membuka tirainya dengan acara larian merentas desa. Acara ini mempertandingkan 2 kategori iaitu Larian Bawah 15 Tahun dan Larian Bawah 18 Tahun. Majlis Perasmian Larian Merentas Desa disempurnakan oleh Tok Penghulu Kampung Selamat dan turut hadir bersama dif-dif kehormat. Acara larian yang bermula pada jam 0830 pagi bermula di pintu pagar utama sekolah dan berakhir di pintu utama Dewan ad-Daraquthni. Tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh yang singkat untuk melayakkan diri pada kedudukan 10 yang terawal. Acara larian ini berakhir pada jam 1000 pagi dengan majlis penyampaian medal dan hamper kepada para pemenang. Semoga Al-Ihsan akan terus maju dalam bidang kokurikulum. Majulah Sukan untuk Negara!


Tag: MASISUPA 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini