Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT PENSKORAN BAGI CALON SMA 2021

KUANTAN - Unit Kurikulum dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) telah melaksanakan taklimat peperiksaan kepada calon SMA bagi sesi 2021 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 179 orang calon bakal menduduki peperiksaan SMA yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2021. Tujuan perlaksanaan tersebut adalah sebagai persiapan awal kepada semua calon dari aspek fizikal dan mental mahupun spiritual. Subjek Bouth yang mengguna sukatan Misr sangat memerlukan kepada persiapan yang rapi terutama dari sudut bahasa. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran peperiksaan serta kehidupan pada masa hadapan.

Tag: 2021 Exam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini