Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | BENGKEL SOLAT SUNNAH

KUANTAN - Pihak Pengurusan Asrama dengan kerjasama Badan Dakwah dan Kepimpinan telah menganjurkan Bengkel Solat Sunnah khusus kepada semua pelajar tingkatan satu. Seramai 180 orang pelajar telah hadir bagi tujuan tersebut. Antara objektif bengkel adalah memberi pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga kualiti solat dalam usaha membuat penambahbaikan akhlak mahupun tingkah laku dalam kehidupan seharian. Bengkel Solat Sunnah itu berakhir pada jam 0100 tengah hari dengan sesi amali solat bagi semua pelajar yang hadir. Diharapkan agar dengan perlaksanaan bengkel ini dapat meningkatkan kualiti solat secara individu dari semasa ke semasa.

Tag: asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini