Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PILIHANRAYA MPP SEKOLAH (MANIFESTO)

KUANTAN - Pihak pentadbiran sekolah dibawah kelolaan Unit Bahagian Hal Ehwal Murid telah mengadakan pilihanraya sekolah dalam usaha melantik beberapa orang pelajar sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SM Agama Al-Ihsan. Seramai 6 orang pengawas telah bertanding bagi jawatan Presiden, Naib Presiden dan juga Timbalan Presiden. Kesemua calon yang bertanding telah membentangkan manifesto masing-masing dalam usaha membawa perubahan kepada para pelajar dengan satu matlamat iaitu menjadikan pelajar SM Agama Al-Ihsan sebagai ' Qudwah Hasanah ' kepada masyarakat luar. Semoga pilihanraya yang dilaksanakan membawa perubahan kepada seluruh warga sekolah. Selamat Berjuang!

Tag: MPP 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini