Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KERJA KURSUS SEJARAH PT3

KUANTAN - Unit PBS Tingkatan 3 SM Agama Al-Ihsan telah mengadakan satu taklimat berkenaan pelaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Taklimat disampaikan sendiri oleh Pn. Azimah Bt Abd Rahman, Guru Mata Pelajaran. Antara yang menarik adalah pelaksanaan kerja kursus tersebut berasaskan pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar sendiri dan melalui kaedah ini juga menjadikan PdPc bagi mata pelajaran tersebut berkesan serta mampu memberi impak yang positif kepada para pelajar. Melalui kaedah ini juga dapat menjaga keaslian penghasilan kerja yang telah dilaksanakan. Semoga Berjaya!

Tag: PBS SEJARAH pt3 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini