LENSA SEKOLAH | AGIHAN BAHAN & MODUL PdPR PANDU LALU
KUANTAN - Unit Kurikulum dengan kerjasama guru kelas dan penyelaras tingkatan telah menjadualkan pengagihan bahan dan modul PdPR secara pandu-lalu. Penjadualan tersebut mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan dan telah diselaraskan secara dalaman untuk kemudahan para ibu bapa membuat tindakan lanjut. Justeru, pihak sekolah mengharapkan supaya para pelajar dapat menjayakan PdPR dengan sepenuhnya berbekalkan bahan dan modul bagi sesi persekolahan 2021.
0 komen