LENSA SEKOLAH | KUIZ RODA IMPIAN JAWI ANJURAN DBP BERSAMA SUK PAHANG & JAIP
KUANTAN - Unit Kokurikulum SM Agama Al Ihsan telah menghantar seorang peserta bagi mewakili sekolah dalam Kuiz Roda Impian Jawi Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Bersama SUK Pahang & JAIP. Majlis tersebut diadakan secara atas talian melibatkan 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Antara objektif perlaksanaan adalah untuk mencungkil bakat dan juga kemahiran membaca tulisan jawi dalam kalangan pelajar SMAN yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dalam penglibatan sepanjang karnival berlangsung. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar Mohamad Zairol Irfan Bin Zainal atas kejayaannya sebagai Johan bagi Kuiz Roda Impian Jawi. Semoga para pelajar mendapat sesuatu sepanjang pertandingan berlangsung dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.
0 komen