LENSA SEKOLAH | SEMINAR BAHASA MELAYU PT3
KUANTAN - Unit Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA) SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Seminar Bahasa Melayu khusus kepada pelajar Tingkatan 3. Seminar tersebut disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Fakhrul Zamn Bin Ahmad, Guru Cemerlang yang merupakan kakitangan guru di sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini. Tujuan pelaksanaan seminar tersebut adalah sebagai satu pendedahan awal kepada para pelajar untuk menjawab kertas bahasa melayu dengan lebih baik dan menepati contoh skrip jawapan pelajar cemerlang. Semoga para pelajar mendapat sesuatu daripada seminar tersebut dalam usaha meningkatkan kualiti skrip jawapan semasa menduduki kertas Bahasa Melayu Pentaksiran Tingkatan 3.
0 komen