Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

LENSA SEKOLAH | PILIHANRAYA MPP SEKOLAH (PENGIRAAN KERTAS UNDI)

KUANTAN - Proses pengiraan kertas undi dilakukan selepas tamat proses pengundian pada Jam 0900 pagi.  Seramai 970 orang warga sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru telah keluar mengundi dan berdasarkan kepada analisis pilihanraya pada tahun ini, statistik kertas undi rosak adalah sifar. Manakala proses pengiraan kertas undi telah selesai dikira pada Jam 1030 pagi. Pengerusi SPR akan mengumumkan keputusan penuh pilihanraya pada keesokan harinya. Sekalung tahniah diucapkan kepada calon yang bertanding. Semoga pilihanraya ini dapat membawa perubahan kepada asas pemikiran pelajar dalam usaha membumikan fikrah islamiyyah dalam diri pelajar dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Tag: MPP 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini