Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | MAJLIS RAMAH MESRA KELUARGA ANGKAT

KUANTAN - Pihak pentadbiran asrama telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra Keluarga Angkat bagi pelajar tingkatan 1 dan 5. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, AMP,. Antara objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah buli dan pada masa yang sama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar tingkatan 1 dan 5. Dapatan daripada itu, satu jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa telah ditubuhkan bagi meneruskan kesinambungan program daripada majlis ramah mesra keluarga angkat ini. Semoga hubungan ukhuwwah yang dibina membawa rahmah kepada semua. Salam Ukhuwwah!

Tag: asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini