LENSA SEKOLAH | ANUGERAH SIMULASI SPM
KUANTAN - Pihak sekolah mengadakan satu majlis ringkas awal minggu ini bagi meraikan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh para pelajar dalam Peperiksaan Simulasi SPM yang berlangsung dalam tempoh seminggu. Peperiksaan yang menguji tahap kesediaan dan persiapan para pelajar dibuktikan melalui keberhasilan yang positif menerusi keputusan peperiksaan secara keseluruhan. Hal ini membuktikan bahawa para pelajar sentiasa bersiap siaga dalam membuat persediaan yang rapi menghadapi peperiksaan...
LENSA SEKOLAH | REHLAH MINDA CALON SPM
KUANTAN - Pantai Air Leleh Pekan menjadi destinasi pilihan pihak sekolah untuk menganjurkan 'short-vacation' khusus kepada semua calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan pada 06 November 2017. Antara objektif penganjuran ialah memupuk ketekalan motivasi dalam diri pelajar sebagai pengorak langkah mencetuskan kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mereka. Hal ini membuktikan bahawa hiburan secara terkawal bukan penghalang kepada kejayaan malah menjadi penyuntik semangat...
LENSA SEKOLAH | TEMU UJI TINGKATAN SATU 2018
KUANTAN - Lebih 800 orang pelajar telah menghadiri Temu Uji di SM Agama Al-Ihsan Kuantan bagi Pengambilan Tingkatan 1 Sesi 2018. Pihak sekolah telah menyediakan tiga pusat temu uji yang mampu menampung kehadiran seramai 1000 orang pelajar secara keseluruhan. Temu Uji yang dijalankan adalah serentak bersama Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang lain di seluruh Pahang. Calon-calon yang hadir akan menduduki Penilaian Penempatan yang mana terdiri daripada Ujian Bertulis, Ujian Tulisan Jawi...
LENSA SEKOLAH | PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA
KUANTAN - Seramai 177 orang calon peperiksaan SM Agama Al-Ihsan telah menduduki peperiksaan SMA mulai hari ini. Peperiksaan yang berlangsung selama 2 minggu bermula 13 Oktober sehingga 03 November memperlihatkan kesungguhan dan keupayaan pelajar dalam menilai dan mentaksir pengetahuan yang diperolehi mereka sepanjang sesi persekolahan dalam usaha mewujudkan pembelajaran bermakna dalam diri mereka. Tambahan daripada itu, peperiksaan SMA mempunyai nilai tambah kepada pelajar yang mana...