LENSA SEKOLAH | MESYUARAT GURU SIRI 1
KUANTAN - Bahagian Kurikulum telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi menyusun urustadbir perlaksanaan dan pengurusan para guru dalam menghadapi sesi persekolahan baru. Mesyuarat dihadiri oleh semua guru yang terdiri daripada Guru KPM, Guru ASPA, Guru UAE dan Guru MUIP. Pihak sekolah turut merakamkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua guru dalam menghadapi cabaran pendidikan pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2018
KUANTAN - Pengumuman keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2018 telah diumumkan di tapak perhimpunan oleh GPK Kurikulum yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3 2018
KUANTAN - Pengumuman keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018 telah diumumkan di tapak perhimpunan oleh GPK Kurikulum yang turut dihadiri oleh calon peperiksaan bersama ibu bapa mereka pada hari tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | PENDAFTARAN TINGKATAN 1
KUANTAN - Pendaftaran Tingkatan 1 telah berlangsung bertempat di Dewan ad-Daraquthni bagi kemasukan sesi persekolahan tahun 2019 anjuran Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran. Seramai 200 orang pelajar telah berjaya didaftarkan pada hari tersebut. Pendaftaran bermula seawal jam 0800 pagi dan berakhir pada jam 1200 tengah hari. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.