LENSA SEKOLAH | PROMOSI 5S
KUANTAN - Jawatankuasa 5S Unit Promosi telah mengadakan satu taklimat bertempat di tapak perhimpunan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan guru mengenai kaedah pelaksanaan 5S di kawasan masing-masing. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam mengamalkan 5S sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
LENSA ASRAMA | KELUARGA ANGKAT ASRAMA
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan Program Keluarga Angkat pelajar Tingkatan 1 asrama dengan tujuan membanteras gejala buli dan perkara negatif yang berlaku di persekitaran asrama secara amnya. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar asrama dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | KARNIVAL SUKAN PERINGKAT SEKOLAH
KUANTAN - Bahagian Kokurikulum telah menganjurkan Karnival Sukan Peringkat Sekolah sebagai langkah persediaan awal rohani dan jasmani para pelajar dalam menghadapi pertandingan masisupa zon yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua atlet ilmiah dan sukan dalam menghadapi pertandingan dan bersaing secara sihat pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | LATIHAN MENYELAMAT APM
KUANTAN - Jawatankuasa 5S Unit Keselamatan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah mengadakan Latihan Asas Menyelamat bertempat di dewan dan disertai latihan memdamkan kebakaran di tapak perhimpunan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan berlangsung. Semoga para pelajar dan guru dapat mempraktikkan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.