LENSA SEKOLAH | KEMPEN SPBT
KUANTAN - Bahagian Kokurikulum Unit Kelab BOSS telah menganjurkan Kempen Sayangi Buku Teks bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Kempen tersebut bertujuan untuk menimbulkan kesedaran para pelajar dalam memelihara dan memulihara penjagaan buku teks yang diberikan secara percuma dalam skim pinjaman buku teks. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kempen ini.
LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PILIHANRAYA
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Disiplin telah mengumumkan Keputusan Pilihanraya Sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Matlamat utama proses pilihanraya diadakan adalah untuk melihat keberkesanan bakat kepimpinan yang ditonjolkan oleh para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada calon yang terpilih dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | CALON MPP
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Disiplin telah mengadakan Pilihanraya Badan Pengawas Sekolah bagi memilih pimpinan pelajar baharu bagi sesi 2019. Antara calon yang bertanding adalah bagi jawatan ketua umum dan timbalan ketua umum. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat bertanding bagi semua calon sepanjang tempoh pilihanraya berlangsung.
LENSA SEKOLAH | GERM BUSTER
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan satu taklimat keselamatan dan kualiti makanan bertempat Dewan ad-Daraquthni. Semua pelajar telah didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini dan beberapa kaedah penjagaan dan pemilihan kualiti makanan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan dan semoga para pelajar dapat...
