LENSA SEKOLAH | WATIKAH PERLANTIKAN
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Disiplin telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan bagi Badan Pengawas Sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pengawas yang dilantik dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | PERASMIAN 4K DAN 5S
KUANTAN - Jawatankuasa 5S telah mengadakan Majlis Perasmian 4K dan 5S bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan perasmian tersebut adalah sebagai lambang persediaan para guru dan pelajar dalam mengamalkan 5S di kawasan masing-masing seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran 5S pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | CANCER AWARENESS
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kesihatan dengan kerjasama Majlis Kanser Negara telah mengadakan satu taklimat kesedaran bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan utama pengajuran adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kanser dan kesan dalam kehidupan seorang pelajar secara khususnya. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas penyampaian yang diberikan dan semoga para pelajar berwaspada dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
LENSA SEKOLAH | KEMPEN SPBT
KUANTAN - Bahagian Kokurikulum Unit Kelab BOSS telah menganjurkan Kempen Sayangi Buku Teks bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Kempen tersebut bertujuan untuk menimbulkan kesedaran para pelajar dalam memelihara dan memulihara penjagaan buku teks yang diberikan secara percuma dalam skim pinjaman buku teks. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kempen ini.