Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KONPIP 2018

KUANTAN - Unit BDDK SM Agama Al-Ihsan telah menghantar satu perwakilan yang terdiri daripada 10 orang pelajar bagi menjayakan Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang berlangsung di SM Agama Al-Wosto. Dalam konvensyen tersebut, para peserta diperkenalkan dengan beberapa modul kepimpinan yang sesuai dengan persekitaran sekolah masing-masing dengan harapan para peserta mampu untuk beramal di medan yang sebenar. Tahniah diucapkan kepada perwakilan SM Agama Al-Ihsan kerana telah...

Tag: BDDK KONPIP 2018

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SEMINAR BAHASA MELAYU PT3

KUANTAN - Unit Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA) SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Seminar Bahasa Melayu khusus kepada pelajar Tingkatan 3. Seminar tersebut disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Fakhrul Zamn Bin Ahmad, Guru Cemerlang yang merupakan kakitangan guru di sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini. Tujuan pelaksanaan seminar tersebut adalah sebagai satu pendedahan awal kepada para pelajar untuk menjawab kertas bahasa melayu dengan lebih baik dan menepati contoh...

Tag: PETKA seminar 2018

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | UJIAN PSIKOMETRIK

KUANTAN - Unit Pentaksiran SM Agama Al-Ihsan telah melaksanakan Ujian Psikometrik bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Pelaksanaan ujian ini merupakan salah satu proses melengkapkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana perlu dijalani oleh semua pelajar. Tujuan pelaksanaan ujian tersebut adalah untuk mengumpul maklumat psikologi pelajar dan pada masa yang sama membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Melalui ujian psikometrik, para...

Tag: PBS PSIKOMETRIK 2018

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KEJOHANAN BOLA TAMPAR KUANTAN

KUANTAN - Pasukan bola tampar SM Agama Al-Ihsan telah menyertai satu Kejohanan Bola Tampar Jemputan Kuantan anjuran Persatuan Bola Tampar Kuantan. Kejohanan bola tampar terbuka tersebut melibatkan beberapa buah pasukan daripada institusi kerajaan sekitar daerah kuantan. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar sekolah diatas kejayaan mendapat tempat ketiga dan sekalung penghargaan kepada para pemain diatas komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Tag: VOLLEYBALL OPEN 2018