LENSA SEKOLAH | UJIAN PSIKOMETRIK
KUANTAN - Unit Pentaksiran SM Agama Al-Ihsan telah melaksanakan Ujian Psikometrik bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Pelaksanaan ujian ini merupakan salah satu proses melengkapkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana perlu dijalani oleh semua pelajar. Tujuan pelaksanaan ujian tersebut adalah untuk mengumpul maklumat psikologi pelajar dan pada masa yang sama membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Melalui ujian psikometrik, para pelajar dapat mengetahui kelebihan dan keupayaan diri masing-masing apabila berinteraksi dalam persekitaran sekolah. Semoga pelaksanaan pentaksiran ini mampu meningkatkan potensi pelajar dari aspek kurikulum dan kokurikulum seterusnya memartabatkan misi dan visi pendidikan ke arah yang lebih baik.