LENSA SEKOLAH | MESYUARAT AGUNG PIBG
KUANTAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-24 yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Hussni Bin Mohamad Diah, YDP PIBG bagi sesi 2018. Antara yang menarik adalah mengenai peranan sekolah dalam memperkasakan pelajar baik dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum disamping tidak menafikan kepentingan pembinaan kemahiran soft-skills sebagai memenuhi keperluan sumber manusia apabila pelajar sudah tamat persekolahan, Kehadiran ibu bapa...
LENSA SEKOLAH | LATIHAN KEBAKARAN
KUANTAN - Satu latihan memadam api kebakaran telah dilaksanakan oleh Unit Keselamatan SM Agama Al-Ihsan dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Unit Latihan). Antara yang menarik ialah para pelajar didedahkan bagaimana menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan selamat. Beberapa orang pelajar mengambil peluang untuk merasai sendiri menggunakan alat pemadam api dan memakai jaket keselamatan bomba apabila memadamkan kebakaran. Latihan yang diadakan merupakan salah...
LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT MS ISO 9001:2015
KUANTAN - Satu taklimat mengenai pelaksanaan Jabatan Agama Islam Pahang Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Yusri Bin Aman, Pengurus Risiko ISO Jabatan Agama Islam Pahang kepada seluruh warga kerja SM Agama Al-Ihsan yang terdiri daripada kakitangan guru dan kakitangan bukan guru. Antara objektif taklimat adalah untuk memberi gambaran secara keseluruhan dan pendedahan mengenai proses pelaksanaan prosedur kerja MS ISO 9001:2015 yang...
LENSA SEKOLAH | PASS KELUAR KELAS
KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid telah melancarkan Pass Keluar Kelas dalam bentuk Jaket Keselamatan sebagai satu simbolik dalam usaha mendidik para pelajar mendisiplinkan diri untuk mengurangkan masalah keluar kelas dengan sengaja atau tanpa urusan rasmi. Pass Keluar Kelas disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ruzlan Bin Abd Rahman, GPK Kurikulum dan Pentadbiran kepada semua ketua kelas merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Semoga dengan wujudnya Pass Keluar Kelas, para pelajar mampu untuk...
