LENSA SEKOLAH | GERM BUSTER
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan satu taklimat keselamatan dan kualiti makanan bertempat Dewan ad-Daraquthni. Semua pelajar telah didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini dan beberapa kaedah penjagaan dan pemilihan kualiti makanan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan dan semoga para pelajar dapat mengamalkan amalan kerja kesihatan yang betul pada masa hadapan.