LENSA SEKOLAH | AGIHAN BAHAN & MODUL PdPR PANDU LALU
KUANTAN - Unit Kurikulum dengan kerjasama guru kelas dan penyelaras tingkatan telah menjadualkan pengagihan bahan dan modul PdPR secara pandu-lalu. Penjadualan tersebut mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan dan telah diselaraskan secara dalaman untuk kemudahan para ibu bapa membuat tindakan lanjut. Justeru, pihak sekolah mengharapkan supaya para pelajar dapat menjayakan PdPR dengan sepenuhnya berbekalkan bahan dan modul bagi sesi persekolahan 2021.
LENSA SEKOLAH | PEMULANGAN & AGIHAN BUKU TEKS
KUANTAN - Kelab B.O.S.S telah menjadualkan pemulangan dan agihan buku teks khusus kepada pelajar lama dan baharu bagi kegunaan PdPR semasa persekolahan dalam tempoh PKP. Penjadualan tersebut mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan dan telah diselaraskan secara dalaman untuk kemudahan para ibu bapa membuat tindakan lanjut. Tambahan daripada itu, para pelajar juga diingatkan agar menjaga buku teks daripada sebarang kerosakan dan perlu membalut pada masa yang sama dalam usaha memastikan buku teks...
LENSA SEKOLAH | PERTUKARAN STAF GURU
KUANTAN - Kelab Kakitangan dan Guru telah merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan A'aiyah Bt Ismail, Pemangku GPK Pentadbiran pada hari terakhir perkhidmatan beliau di SM Agama Al-Ihsan Kuantan pada 21 Januari 2021. Beliau telah bertukar ke Kulliyah al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada yang diraikan...
LENSA SEKOLAH | HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI CALON SPM 2020
KUANTAN - Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah memulakan hari persekolahan dengan kemasukan calon peperiksaan utama iaitu SMA dan SPM bagi tahun 2020. Anggaran seramai 320 orang pelajar telah menjalani PdPC secara bersemuka bermula 20 Januari 2020. Justeru, pihak sekolah berharap agar semua calon peperiksaan pada tahun ini akan menjadi agen perubah seterusnya akan melonjakkan paradigma kecemerlangan sekolah dalam menjadikan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan sebagai satu organisasi cemerlang...