LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN DANA KELAS TAHFIZ OLEH YAB MENTERI BESAR PAHANG
KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan dana untuk membiayai kelas tahfiz bagi sesi 2021. Penyerahan cek sumbangan telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail kepada YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru, Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar. Semoga dengan pembiayaan tersebut program kelas tahfiz SM Agama Al-Ihsan dapat dilaksanakan dengan perancangan program akademik yang...
LENSA SEKOLAH | PROSES SANITASI DEWAN PEPERIKSAAN SPM 2020
KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan telah menerima kunjungan serta perkhidmatan sukarelawan dalam Program Sanitasi Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Parlimen Kuantan bersama Gerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan Skuad Sabil Kuantan. Seramai 20 orang sukarelawan telah melaksanakan proses tersebut bagi kedua-dua dewan peperiksaan. Tujuan proses tersebut adalah sebagai langkah keselamatan semua pihak sama ada warga kerja sekolah mahupun pelajar bagi memenuhi sasaran Standard Operating...
LENSA SEKOLAH | PERSEDIAAN & PENGAGIHAN MODUL PdPR BAGI SEMUA TINGKATAN
KUANTAN - Unit Kurikulum dengan kerjasama guru kelas dan penyelaras tingkatan telah menjadualkan pengagihan bahan dan modul PdPR secara pandu-lalu. Penjadualan tersebut mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan dan telah diselaraskan secara dalaman untuk kemudahan para ibu bapa membuat tindakan lanjut. Justeru, pihak sekolah mengharapkan supaya para pelajar dapat menjayakan PdPR dengan sepenuhnya berbekalkan bahan dan modul bagi sesi persekolahan 2021.
LENSA SEKOLAH | PEMANTAUAN S.O.P PdPC BERSEMUKA
KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan telah beroperasi semula sebagai salah satu sektor pendidikan dalam tempoh PKP. Sebagai langkah keselamatan semua pihak sama ada warga kerja sekolah mahupun pelajar, beberapa persediaan telah dilaksanakan bagi memenuhi sasaran Standard Operating Procedure (SOP) persekolahan sepertimana yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sejak hari pertama sekolah dibuka, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan IPD...