Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PEMANTAUAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 SMAN

KUANTAN - Jawatankuasa ISO SM Agama Al Ihsan telah menerima kunjungan Pemantau Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 bagi memenuhi syarat MS ISO 9001:2015 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) bertempat di Bilik Gerakan SM Agama Al-Ihsan. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk melihat dan menilai tahap kepatuhan dan keakuran kakitangan guru dan bukan guru dalam melaksanakan tugas dibawah tanggungjawab masing-masing secara tidak langsung mematuhi garis panduan MS ISO 9001:2015 yang telah ditetapkan...

Tag: 2021 ISO

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SOROTAN MAJLIS KECEMERLANGAN SMAN PAHANG

KUANTAN -  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan bertempat di Dewan Utama Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. Penganjuran tersebut bertujuan meraikan kecemerlangan para guru dan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan utama iaitu Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta sebagai motivasi kepada guru dan pelajar sekolah lain. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua guru dan...

Tag: 2021 CEREMONY

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) REMAJA PAHANG

KUANTAN - Seramai 600 orang pelajar SM Agama Al-Ihsan merangkumi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 telah hadir bersama ibu bapa masing-masing ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SMK Tengku Afzan. Seawal Jam 0800 pagi kelihatan perkarangan PPV dipenuhi dengan kereta pelawat bagi tujuan penerimaan suntikan vaksin dos pertama. Program kali ini adalah rentetan daripada PICK Remaja Pahang yang telah bermula pada 20 September 2021 sebagai satu usaha dan strategi memberi perlindungan bagi generasi...

Tag: 2021 VACCINE

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 SECARA DRIVE-THRU

KUANTAN - Proses kemaskini maklumat Bantuan Awal Persekolahan bgai sesi persekolahan 2021 telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui satu majlis penyampaian bantuan persekolahan secara drive-thru. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam memberi sokongan sepenuhnya terhadap perlaksanaan majlis ini dan diharapkan juga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan perbelanjaan persekolahan bagi sesi kali ini.

Tag: 2021 CONTRIBUTION