LENSA SEKOLAH | PENYAMPAIAN INFAQ RAMADAN KEPADA GOLONGAN TERSASAR
KUANTAN - Tabung Infaq Ramadan mendapat sambutan yang baik daripada Warga SM Agama Al-Ihsan sama ada kakitangan mahupun pelajar sejak tabung tersebut dilancarkan semasa Pelancaran Ihya Ramadan 1442H oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Hasil kutipan tabung infaq tersebut telah disampaikan kepada golongan tersasar yang terdiri daripada keluarga pelajar B40. Penyerahan kutipan telah dilaksanakan oleh wakil Pengetua, Yang Berusaha Ustazah Wan Saadah Binti Wan...
LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN ZAKAT KAKITANGAN PETRONAS KEPADA PELAJAR ASNAF
KUANTAN - Pihak Pentadbiran sekolah diwakili oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua telah menerima kunjungan lawatan daripada Unit Badan Kebajikan Islam Petronas yang diwakili oleh Yang Berbahagia En. Ahmad Zaiyan Bin Mohd Kassim, CEO PCMTBE Sdn. Bhd. Dalam pertemuan yang ringkas itu, Pihak pentadbiran telah berkongsi hala tuju dan matlamat sekolah dalam memacu arena pendidikan selaras dengan visi dan misi yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak pentadbiran juga telah...
LENSA ASRAMA | PROGRAM KHAS PENINGKATAN HAFAZAN Al-QURAN
KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kelolaan Pengurusan Asrama SM Agama Al Ihsan telah melibatkan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 Asrama bagi menjayakan Program Khas Peningkatan Hafazan Al Quran. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk memberi pendedahan bagaimana teknik menghafaz Al Quran dengan berkesan dalam kalangan pelajar SM Agama Al Ihsan yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang...
LENSA SEKOLAH | TADARUS & KHATAM al-QURAN UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM
KUANTAN - Pihak Pentadbiran dengan kerjasama Unit Beruniform Puteri Islam telah melaksanakan tadarus dan khatam al-Quran bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Program tersebut telah melibatkan ahli unit beruniform puteri islam yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Tujuan perlaksanaan tersebut adalah sebagai menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan sempena hari Nuzul al-Quran. Semoga para peserta tadarus mendapat penghayatan al-Quran sepenuhnya serta mencapai objektif perlaksanaan...