PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 2025
Permohonan pengambilan pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN) sesi 2025
REHLAH SAINS
Program Rehlah Sains ini akan diadakan pada 29-30 Oktober 2024. Program Jelajah Sains ini melibatkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan anjuran daripada Pusat Sains Negara.
LENSA SEKOLAH | PROGRAM SOLAT HAJAT
Pada 18 OKTOBER 2024 telah diadakan Program Solat Hajat anjuran Unit Kerohanian SMA Al-Ihsan sempena pecutan SMA bagi pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki Peperiksaan SMA tidak lama lagi. Program ini telah melibatkan semua pelajar SMA Al-Ihsan. Diharapkan dengan usaha ini para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan diberkati oleh Allah swt.
LENSA SEKOLAH | SEMINAR SMA SESI 1
KUANTAN- Pada 22 Jun 2022, seminar SMA Sesi 1 anjuran Pelan Tindakan Kecemerlangan Pelajar SMA Al- Ihsan (PETKA) telah dilaksanakan kepada para pelajar Tingkatan 4 2022. Seminar ini diadakan bertujuan bagi memperkukuhkan lagi penguasaan pelajar terhadap subjek- subjek tertentu SMA 2022. Guru SMAI sendiri telah melibatkan diri sebagai penceramah sepanjang seminar SMA sesi tersebut. Diharapkan dengan usaha sama dari guru dan pelajar yang telah disematkan, kecemerlangan akan dapat terus dipacu...