Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SELAMAT TAHUN BARU 2020

KUANTAN - 01.01.2020  SM Agama Al-Ihsan membuka tirai sesi persekolahan baru 2020 dengan meletakkan kecemerlangan sebagai KPI bagi setiap jabatan sama ada pengurusan dan pentadbiran, kurikulum mahupun ko kurikulum dalam usaha memartabatkan pendidikan dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Diharapkan agar perjalanan persekolahan bagi tahun ini dipenuhi dengan pelbagai lakaran kecemerlangan. Insya-Allah.

Tag: 2020 HARAPAN

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PERSARAAN DAN PERTUKARAN STAF GURU

KUANTAN - 14.12.2019 Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan guru bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh Pengetua, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Pn. Lelawati Binti Muhamad Noor telah bertukar ke SM Agama Rompin dan Pn. Minah Binti Yahaya telah mencapai tempoh bersara perkhidmatan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan...

Tag: PERTUKARAN 2019

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT KOLEJ VOKASIONAL

KUANTAN - 20.11.2019 Unit Kerjaya dan Kaunseling telah menganjurkan Seminar Kerjaya bagi pelajar Tingkatan 3 yang merupakan calon lepasan PT3. Seminar tersebut telah disampaikan oleh pihak Kolej Vokasional. Objektif utama penganjuran adalah sebagai pendedahan awal mengenai halatuju akademik bagi mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 atau aliran lain yang setaraf. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan sepanjang program...

Tag: VOKASIONAL 2019

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | CARA PEMBUATAN AISKRIM

KUANTAN - 19.11.2019 Pihak sekolah telah melaksanakan program akhir tahun yang terdiri daripada pelbagai bentuk pengisian sebagai satu inisiatif untuk membina pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka dalam menetapkan halatuju pendidikan masing-masing. Antara yang menarik ialah Teknik Pembuatan Ais Krim. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua...

Tag: 2019 CERAMAH