LENSA SEKOLAH | TAHSIN SOLAT TINGKATAN 1
KUANTAN - 03.01.2020 Badan Dakwah dan Kepimpinan telah menganjurkan Bengkel Solat Sunnah khusus kepada semua pelajar tingkatan satu. Seramai 180 orang pelajar telah hadir bagi tujuan tersebut. Antara objektif bengkel adalah memberi pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga kualiti solat dalam usaha membuat penambahbaikan akhlak mahupun tingkah laku dalam kehidupan seharian. Bengkel Solat Sunnah itu berakhir pada jam 1000 pagi. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua...
LENSA SEKOLAH | PERHIMPUNAN PERTAMA PERSEKOLAHAN
KUANTAN - 02.01.2020 Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menerima seramai 240 orang pelajar baru bagi Kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan tahun ini. Jumlah tersebut meyakinkan bahawa sekolah agama masih mendapat tempat dalam hati masyarakat khususnya buat generasi baru dalam kerangka memacu perubahan arus pendidikan berlandaskan shariah.
Hari Orientasi Pelajar yang dilaksanakan selepas perhimpunan pertama pada 02 Januari 2020 bertempat di Dewan ad-Daraquthni merupakan satu medium...
LENSA ASRAMA | PERJUMPAAN PELAJAR BERSAMA WARDEN
KUANTAN - 02.01.2020 Perjumpaan pelajar asrama bersama para warden diadakan bagi meletakkan satu persediaan rapi dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar asrama yang baru. Setiap pelajar juga telah dimaklumkan berkenaan dengan gaya hidup asrama yang sesuai dengan harapan budaya kehidupan pelajar asrama dapat diteruskan dengan baik. Hal ini demikian kerana kematangan seseorang boleh diukur melalui perubahan yang berlaku dalam tingkah laku, perbuatan dan perhubungan dalam kalangan...
LENSA ASRAMA | TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR SESI 2020
KUANTAN - 01.01.2020 Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Pengurusan Asrama telah mengadakan satu Taklimat Kemasukan Pelajar Asrama sesi 2020. Taklimat tersebut berlangsung di Dewan ad-Daraquthni. Seramai 350 pelajar asrama bersama ibu bapa dan penjaga telah hadir pada taklimat yang telah disampaikan oleh Pengetua SM Agama Al-Ihsan, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Beliau menyatakan hasrat pihak sekolah melalui pengurusan sistem asrama dalam memenuhi dua objektif utama iaitu memperkasakan bahasa arab dalam...