LENSA ASRAMA | UJIAN SARINGAN KESIHATAN
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kesihatan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Daerah Kuantan telah mengadakan satu ujian saringan kesihatan khusus kepada pelajar asrama bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan utama ujian saringan tersebut adalah untuk membuat analisis penyakit berdasarkan semua gejala yang dialami oleh pelajar asrama secara khususnya. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan perkhidmatan ujian saringan yang diberikan dan semoga para pelajar berwaspada dalam meneruskan kehidupan di asrama serta mampu untuk mengelakkan diri daripada berisiko dijangkiti penyakit berjangkit.