LENSA SEKOLAH | TAKLIMAT GERAK KERJA 4K
KUANTAN - Unit 4K SM Agama Al-Ihsan telah memberi satu taklimat penyerahan tugas kepada semua ketua zon yang dilantik bagi menjayakan program 4K di persekitaran kawasan sekolah. Semoga penyerahan tugas menjadi satu tanggungjawab yang harus dipikul bersama-sama dalam kalangan guru mahupun pelajar. Pihak pentadbiran juga berharap semoga program 4K mendapat perhatian dan kerjasama semua warga sekolah dalam usaha meningkatkan keindahan dan keceriaan selaras dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mementingkan persekitaran yang selesa untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.