Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KULLIAH 2018

12 Februari 2018 .... Pekan ... Seramai 54 orang pelajar telah dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kulliah bagi sesi 2018 yang telah diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Kulliah, Puan Muna binti Ismail semalam. Beliau juga mengharapkan supaya semua barisan MPP dapat menjalankan tugas membantu pihak Kulliah dalam semua urusan terutamanya yang melibatkan para pelajar.

Tag: MPP Kulliah

Papar Artikel

GURU PELATIH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) DI KULLIAH

9 Januari 2018 ... Pekan ... Seramai 4 orang guru pelatih yang sedang melanjutkan pengajian mereka di UPSI menjalankan program praktikal selama 2 minggu di Kulliah. Praktikal tersebut bermula dari 29 Januari sehingga 9 Februari 2018. Mereka menjalankan kajian berkaitan pengurusan sekolah, aktiviti Kurikulum, Hal Ehwal Pelajar dan Ko-Kurikulum di Kulliah. Ini merupakan salah satu syarat wajib bagi pelajar yang mengambil jurusan pendidikan di Universiti. Semoga mereka dapat memanfaatkan...

Tag: Guru praktikal

Papar Artikel

PENGIRAAN UNDI PILIHANRAYA MPP KULLIAH 2018

9 Januari 2018... Pekan Seramai 15 Orang guru dan 30 orang pelajar telah dilantik sebagai pegawai pengira undi bagi Pilihanraya MPP Kulliah 2018. Pengiraan tersebut dijalankan selama 2 hari bagi memilih pelajar yang akan dilantik sebagai barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018. Pengundi terdiri daripada semua pelajar Kulliah.

Tag: Pilihanraya MPP Kulliah

Papar Artikel

687 PELAJAR KULLIAH MEMBUANG UNDI PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2018

8 Januari 2018 ... Pekan .. Seramai 687 daripada 710 orang pelajar Kulliah telah membuang undi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2018. Pilihanraya kali ini bertujuan mengisi 54 kerusi MPP dan seramai 74 orang calon telah bertanding. Setiap calon dibenarkan menjalankan kempen selama 5 hari sebelum hari mengundi. Pengundian dijalankan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS) Kulliah. Semoga berjaya...

Tag: Pilihanraya MPP