Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Mengukir Nilai Insan: Solat Jenazah dan Penghayatan Bersama

 Pada 28 Januari 2026 (Rabu), seramai 200 orang pelajar lelaki STAM Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar bersama Pengetuanya dan guru-guru lelaki telah berhimpun untuk menunaikan solat jenazah di Masjid Pekan, sebagai tanda penghormatan dan penghayatan terhadap pengurusan jenazah Allahyarham Ustaz Mohsen Shaaban.
 
 Solat ini turut disertai oleh YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP, pengetua-pengetua SMA Rompin, SMA Al-Ihsan, SMA Chenor, serta guru-guru SMAN dari daerah Pekan, Kuantan, Maran, dan Rompin. Kehadiran juga merangkumi pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Pekan, guru-guru Arab Bantuan UAE, dan ASPA. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform pembelajaran dan pengalaman bermasyarakat kepada para pelajar, malah mengukuhkan nilai kerjasama, hormat-menghormati, dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dalam masyarakat. 

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini