TAKLIMAT KERJA KURSUS STAM 2026
Pada 6 Mac 2026, telah berlangsung Taklimat Kerja Kursus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 yang melibatkan tiga subjek utama iaitu Adab & Nusus, Balaghah dan Arudh. Program ini diadakan bagi memberi penerangan yang jelas kepada para pelajar mengenai format pelaksanaan kerja kursus, kaedah penulisan, kriteria penilaian serta garis panduan yang perlu dipatuhi sepanjang proses penyediaan kerja kursus.
Taklimat ini bertujuan memastikan para pelajar memahami dengan lebih mendalam keperluan kerja kursus serta mampu merancang tugasan mereka secara sistematik dan berkesan. Selain itu, sesi ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada guru mata pelajaran.
Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar dapat melaksanakan kerja kursus dengan lebih teratur, berkualiti dan menepati kehendak penilaian, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan keputusan STAM 2026 bagi Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.

0 komen