Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PENDAFTARAN PELAJAR TAHFIZ BESTARI &STAM PENGAMBILAN KALI KE 2 TAHUN 2017

2 Februari 2017 ... Pekan ... Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 kelas tahfiz Bestari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah hadir ke majlis pendaftaran pelajar baru sessi 2017 semalam. Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menawarkan tawaran kepada 35 orang pelajar yang telah mengikuti temu uji pada bulan lepas.

Pada masa yang sama, seramai 63 orang pelajar tingkatan 6 juga telah mendaftar setelah ditawarkan oleh pihak jaip dalam tawaran ke 2. Di dalam majlis taklimat, Tuan Pengetua, Mohammad bin Abd Rahman mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan mengharapkan supaya semua pelajar selesa untuk menuntut ilmu di Kulliah. Beliau mengharapkan semua penjaga memberi kerjasama kepada pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akedemik pelajar pada tahun ini.

Tag: Pendaftaran TAHFIZ BESTARI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini