HARI PENDAFTARAN MURID SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026
Hari Pendaftaran Murid bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada Rabu, 14 Januari 2026 bertempat di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.
Program ini melibatkan kehadiran murid-murid baharu bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi melengkapkan proses pendaftaran serta menerima taklimat berkaitan pengurusan sekolah, peraturan, dan hala tuju akademik sekolah bagi sesi 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa serta pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan teratur.
Diharapkan sesi persekolahan tahun 2026 ini dapat dimulakan dengan penuh iltizam ke arah melahirkan murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

0 komen