Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih 2026

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, TAUTAN KASIH
Tarikh: 3 April 2026
Masa: 8.30 pagi
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi, Tautan Budi sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga buat Ustazah Mastura yang bersara serta 9 orang guru yang akan berpindah ke sekolah lain.

Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat menjadi kenangan terindah dan inspirasi buat seluruh warga sekolah. Kehadiran kalian telah mewarnai perjalanan pendidikan dengan penuh makna.

Semoga segala bakti yang ditaburkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Didoakan agar Ustazah Mastura dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dalam fasa baharu kehidupan, manakala guru-guru yang berpindah terus cemerlang dan sukses di tempat baharu.

Jasamu dikenang, budimu disanjung, tautan kasih kekal selamanya.
Terima kasih atas segalanya 

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini