Program Sambutan Nuzul al-Quran 2026
Bersempena dengan kemuliaan Nuzul al-Quran, satu program penghayatan telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Kampus Pekan, Pahang bagi menyemarakkan lagi semangat kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan peserta.
Program ini turut melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar yang telah dihantar bagi menyertai program tersebut. Penyertaan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu, memperluas pengalaman serta menghayati peristiwa turunnya al-Quran sebagai mukjizat agung kepada Nabi Muhammad SAW. Antara pengisian program termasuk tazkirah Nuzul al-Quran, bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta perkongsian ilmu yang memberi inspirasi dan penghayatan mendalam kepada para peserta. Melalui program ini, diharapkan para pelajar dapat mengambil ibrah daripada peristiwa Nuzul al-Quran serta meningkatkan amalan membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada ajaran al-Quran.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada ajaran al-Quran.

0 komen