PROGRAM SATRIA: MENGINDAHKAN PANTAI TANJUNG BATU BERSAMA YB EXCO KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
Program Satria Mengindahkan Pantai Tanjung Batu telah dilaksanakan pada jam 5.00 petang bertempat di Pantai Tanjung Batu, Pekan dengan penglibatan Skuad Satria Pekan, belia setempat serta badan-badan bukan kerajaan. Program ini turut disertai oleh YB Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Pengisian program merangkumi aktiviti Briskwalk dan Kembara Tapak Cerapan Hilal, pembersihan pantai serta sesi Healing Pantai. Secara keseluruhan, program ini berjaya memupuk gaya hidup sihat, memperindah persekitaran pantai dan mengukuhkan kerjasama antara kepimpinan, belia dan komuniti setempat.

0 komen