Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Majlis Menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar & Sekolah Sains Shah Pekan

Pada 4 Mac 2026 (Rabu), telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) antara Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dan Sekolah Sains Shah Pekan pada jam 9.30 pagi.

Majlis ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik serta perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Antara pengisian majlis termasuk ucapan daripada pengetua kedua-dua sekolah, diikuti dengan sesi menandatangani MoC, serta sesi perbincangan dan ramah mesra bagi membincangkan potensi kerjasama akademik pada masa hadapan. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran serta guru-guru yang terlibat dalam program tuisyen Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Kerjasama ini diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan akademik dan potensi pelajar kedua-dua institusi.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini