Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

LAWATAN SUK PAHANG BERSAMA WAKIL SMAN KE TELEKOM MALAYSIA CYBERJAYA

15 Mei 2017 ... Cyberjaya ... Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke Telekom malaysia Cyberjaya dan Damansara Kuala Lumpur. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang dan beberapa pegawai dari Pejabat SUK. Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang, termasuklah Ustaz Zaidi bin Ismail selaku Admin Sistem 1 Pahang Net Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang

Lawatan sehari tersebut adalah bagi tujuan pendedahan perjalanan sistem rangkaian 1Pahang Net yang diaplikasikan di semua jabatan negeri Pahang termasuklah Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Pahang. Di dalam lawatan tersebut juga, semua deligasi dibawa ke Bangunan TM Damansara yang merupakan bangunan "Smart IT". Lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang boleh diadaptasikan di jabatan masing-masing.

Tag: Lawatan kerja Telekom Malaysia

0 komen

Sila berikan komen anda di sini