Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS PENYERAHAN VAN SUMBANGAN MUIP KEPADA KULLIAH

13 Januari 2017 .. Pekan ... YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan mahu supaya kulliah terus menjadi pusat pengajian Agama yang melahirkan para ilmuan dalam bidang Agama khususnya pada masa-masa akan datang. 

Timbalan Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkata, MUIP telah membelanjakan kewangan yang banyak bagi memastikan pengajian agama ini sentiasa diutamakan oleh semua pihak. Ini termasuklah dengan membina asrama pelajar di Medinat Nasr, Mesir bagi pelajar-pelajar Pahang yang belajar di Mesir. Asrama tersebut telah dirasmikan oleh KDTYM Tengku Mahkota Pahang baru-baru ini. Pihak MUIP juga sedang mimbina satu lagi blok asrama bagi kemudahan pelajar di sana.

Dato' Sri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan berkata demikian di dalam Majlis Penyerahan Van Sumbangn MUIP Kepada Kulliah dan Majlis Penutup Minggu Silaturrahim pelajar baru baru-baru ini. Turut Hadir di dalam Majlis tersebut ialah Pengetua Kulliah, Encik Mohammad bin Ab Rahman dan Wakil Jabtan Agama Islam Pahang, Ustaz Azmy bin Murad.

Sebelum itu, Pengetua Kulliah telah membentangkan analisa keputusan peperiksaan MUET dan Sijil Menengah Agama (SMA). Keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada 4 tahun yang terakhir ini.

Tag: muip van

0 komen

Sila berikan komen anda di sini