KULLIAH SEKOLAH TERBAIK SMAN DALAM PEPERIKSAAN SPM 2017
15 Mac 2018, Pekan. Kulliah menjadi sekolah terbaik di antara 18 buah sekolah agama kerajaan negeri pahang apabila memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.09. Keputusan ini menunjukkan peningkatan 0.06 berbanding tahun 2016, iaitu 3.15. Sekolah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) menjadi sekolah ke 2 terbaik apabila memperolehi 3.40 dan diikuti oleh Sekolah Menengah Agama Rompin, 3.67.
Ini merupakan tahun kedua, Kulliah menjadi sekolah terbaik dalam peperiksaan SPM di kalangan sekolah agama...
Ini merupakan tahun kedua, Kulliah menjadi sekolah terbaik dalam peperiksaan SPM di kalangan sekolah agama...
PELANCARAN PROGRAM SINERGI HEP
13 Mac 2018, Pekan. Pihak Kulliah telah mengadakan "Majlis Sinergi HEP" pada hari ini di Dewan SHAHS. Majlis ini bertujuan membuat pelancaran program-program di bawah kendalian Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi tahun 2018. Program-Program tersebut termasuklah Program Mentor Mentee, Usrah dan Program 4K . Kesemua program ini merupakan program utama Hal Ehwal Pelajar yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018.
Majlis Sinergi HEP ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kulliah,...
Majlis Sinergi HEP ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kulliah,...
GOTONG ROYONG PERDANA KULLIAH
12 Mac 2018, Pekan. Pihak Kulliah telah mengadakan gotong royong perdana pada petang 12 Mac 2018 bagi persiapan Pelancaran 4 K peringkat Kulliah yang akan diadakan keesokannnya. Gotong royong ini melibatkan kakitangan, guru dan semua pelajar. program ini bertujuan memastikan tanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan Kulliah ini adalah merupakan tanggungjawab bersama.
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
12 Mac 2018, Pekan. Pihak Kulliah al_lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar pahang telah mengadakan majlis pelantikan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2018. Seramai 54 orang telah dilantik sebagai pengawas PSS. Watikah lantikan telah disampaikan oleh tuan pengetua, Ustaz Mohammad bin Ab Rahman. Di dalam ucapannya beliau mengharapkan semua pelajar dapat memanfaat Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi meningkatkan pengetahuan pelajar.