Pemantauan Pengesanan Kebolehlaksanaan Kurikulum Tingkatan Enam Dini Tahun 2026
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah menerima Lawatan Pengesanan Kebolehlaksanaan Kurikulum Tingkatan Enam Dini Tahun 2026 yang diketuai oleh wakil Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu Ustaz Hasruddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Tingkatan Enam Dini, Sektor Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, KPM, Cyberjaya, bersama Pn. Noraizan binti Mohsin, Penolong Pengarah, Unit Tingkatan Enam Dini.
Lawatan ini telah diiringi oleh Pengetua Sekolah, Ustaz Lebai Idris bin Ali dengan tujuan menilai serta memantau pelaksanaan kurikulum Tingkatan Enam Dini, khususnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) kelas-kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang sedang berlangsung.

Hasil dapatan lawatan mendapati bahawa pelaksanaan PdP berjalan dengan sangat berkesan, menarik dan tersusun, serta relevan dengan keperluan dan tuntutan pendidikan semasa, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh kualiti pendidikan Islam peringkat prauniversiti.

0 komen