MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2026
SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA 2026
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar
Isnin, 6 April 2026
Sambutan Majlis Hari Raya 2026 anjuran Kulliah Al-Lughah Waddin telah berlangsung dengan penuh gemilang dalam suasana yang harmoni dan penuh keakraban. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengetua, barisan GPK, guru-guru, para pelajar, guru-guru dari sekolah SMAN lain serta tetamu kehormat daripada pegawai JAIP.
Pelbagai juadah istimewa seperti churros, apam balik dan ais krim disajikan, menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan suasana sepanjang majlis berlangsung.Majlis ini bukan sekadar sambutan, bahkan menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai kebersamaan serta meraikan keindahan Syawal dalam kalangan warga pendidikan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

0 komen